Monday, April 19, 2021

SELAMAT DATANG KE ZON AL-BANAAT (KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHARAH)


Zon Al-Banaat merupakan sebuah kompleks yang bertanggungjawab menguruskan, menempatkan dan menjaga anak yatim/piatu dan fakir/miskin di negeri Melaka supaya mereka lebih terpelihara dan terjaga.









 LATAR BELAKANG ZON AL-BANAAT (KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHARAH)

a) Sejarah Penubuhan 

Pembinaa Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) ini dirancang oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Negeri Melaka di atas sebidang tanah seluas 3.5 ekar di Lot. 1120 Mukim Bukit Katil yang diwakafkan oleh Puan Hajjah Che Mah Binti Hitam kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Melaka (LKPI) dengan tujuan untuk membangunkan sebuah rumah anak yatim. 

Kos pembinaan kompleks ini  kompleks ini adalah sumbangan orang ramai dan Kerajaan negeri Melaka sebanyak RM 1.2 Juta. Nama Fatimah Al-Zaharah diberikan kepada kompleks ini sempena nama Puteri Baginda Rasulullah S.A.W yang mempunyai akhlak yang tinggi dan anak yang taat setia serta disayangi oleh Baginda. 

Kompleks ini menempatkan anak perempuan sahaja, sehingga kini mempunyai 40 orang pelajar yang berusia 8-17 tahun. Kompleks ini mula beroperasi pada 24hb Disember 2004 dengan menempatkan pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan miskin di negeri Melaka.


b) Perasmian

Kompleks ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob dan disaksikan oleh YAB. Ketua Menteri Melaka pada 16hb Mac 2006 bersamaan 16 Safar 1427H.